Saturday, November 13, 2010

Hari ini adalah milik aku

'Hari ini adalah milik anda' adalah satu chapter dalam buku 'La-Tahzan' karya Dr Aidh al Qarni.

Karya motivasi yang agung pernah aku baca memandangkan semua isi diulas berdasarkan sumber al-Quran yang diturunkan oleh Yang Maha Pencipta,Yang Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Aku kira tema dalam chapter ini ialah untuk memotivasikan setiap insan supaya hidup dan menghadirkan roh dan jasad sepenuhnya dalam setiap perkara yang sedang dilakukan tanpa perlu meratapi hari semalam dan runsing memikirkan hari esok yang tidak pasti.Motivasi hidup yang sangat mantap dan terkesan di jiwaku.

Aku yang sering menjadi insan yang selalu tidak tahu bagaimana untuk menjalani kehidupan ini,hilang matlamat hidup,tak bersyukur dan runsing tak tentu pasal, tentunya tersentuh jiwaku tatkala diingatkan kembali tentang panduan dan motivasi hidup daripada Tuhan Yang Maha Penyayang.Walaupun aku tidak tahu sampai bila ia akan terkesan pada hati ini,moga akan diberi peluang olehNya untuk sentiasa diingatkan.InsyaAllah.

Atas sebab inilah Allah mengatakan dlm surah Al-Asr "Demi masa.Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal solah,dan sentiasa saling ingat-mengingatkan atas kebeneran dan kesabaran."

Dalam usaha aku mencari apa punca2 kerunsingan yang bermain dalam fikiran ini,aku telah mendapat salah satu jawapanya tatkala terbaca artikel ini.

http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/1111-apa-hebatnya-solat-di-awal-waktu.html


Aku akui bangun subuh awal dan bangun pagi tidak pernah terungkap dalam kamus hidup aku.Dan aku baru menyedari selama ini berhadapan dengan kesan daripada tabiat buruk aku selama ini.

Menarik. Frekuensi warna biru alam pada waktu subuh menyerupai frekuensi tiroid,organ yang merembeskan hormon tiroid yang mempengaruhi sistem metabolism badan dan tenaga manusia. Mereka yang melambat-lambatkan solat subuh secara berulang-ulang kali akan mengalami masalah komunikasi dan rezeki kerana jasad yang tidur tidak dapat menyerap tenaga daripada frekuensi biru ini.

Ya, manusia masih tidak dapat merungkap sepenuhnya lagi misteri dan perkaitan antara frekuensi dengan penyerapan tenaga oleh badan.Tetapi tidak bermaksud ianya tidak wujud.Syukur, Allah telah mensyariatkan solat kerana Dia Maha Tahu apa yang diperlukan oleh manusia.

Tuhan,terima kasih kerana memberi aku jawapan terhadap setiap persoalan hidup ini.

"Ya Tuhan kami,janganlah Engkau memalingkan hati kami setelah engkau berikan hidayah kepada Kami.Kepada Engkau sahaja tempat kami megharapkan rahmatMu.Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi."

No comments:

Post a Comment